::Snow Pink::
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome:D


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: intan sakinah
Others:   


KELAHIRAN YANG PELIK DAN BAYI YANG PELIK ..


INI ADALAH BAYI2 TERPELIK DI DUNIA
Setiap hari, beratus ribu bayi dilahirkan seluruh dunia. Tapi, hanya segelintir sahaja yang didapati berlainan dengan bayi-bayi lain yang dilahirkan normal. Ada sesetengah masyarakat menganggap ia adalah satu keajaiban dan ada pula yang menganggap ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan genetik. Berikut adalah kes yang sangat unik dan jarang ditemui. Korang boleh buat andaian sendiri sama ada benda ni terjadi adalah kebetulan ataupun keajaiban?
10. Bayi Berekor!
10
Bayi ni dilahirkan di India pada tahun 2001. Ekornya diketahui umum selepas setahun kelahirannya. Kebanyakan masyarakat India menganggap bayi ini adalah roh ataupun jermaan tuhan mereka. Lucu!
9. Bayi 16 Jari Kaki
9
Budak ni dilahirkan pada 5 November 2008 dengan 8 jari di setiap kaki. Tapi malangnya takde Ibu jari pada kedua belah tangan. Tersilap pasang la pulak.
8. 4 Kaki dan 4 Tangan!
8
Ni satu lagi kes di India. Mungkin orang India ni tak cukup zat besi kot sampai jadi mutasi macam ni. Masyarakat di India menganggap budak ni sebagai jelmaan tuhan mereka!
7. Dua Kepala!
7
Bayi ni dilahirkan dengan 2 kepala di Bangladesh. Tak ada info lebih pasal budak ni. Tu je.
6. Mutasi
mutasi
Bayi ni dilahirkan pada tahun 2006. Tak tau pulak kat mana. Tapi doktor mengesahkan bahawa bayi ni disebabkan oleh kondisi anencephaly (Ada kena mengena dengan perkembangan otak yang tak betul)
5. Bayi Badut. – Jenis Ichthyosis
5
Bayi ni dilahirkan di Gilgit, Pakistan. Tapi, bayi ni mati sejurus selepas dilahirkan.
4. Bayi Paling Kecil Di Dunia
4
Amillia Taylor tercatat dalam Book of Record sebagai bayi paling kecil di dunia! Dia dilahirkan awal 2 minggu sebelum tarikh yang ditetapkan oleh doktor. (pramatang la)
3. Kembar Berlainan Bangsa
3
Ni lagi pelik! Emak sama, Bapak sama, tarikh lahir pun sama tapi bangsa berlainan! Kedua-dua bayi ni (Kaydon dan Layton Richardson) baru je sambut ulang tahun pada Julai 2010.

2. Mengandung Pada Usia 2 Tahun!
2
Bayi perempuan ni mengandungkan kembarnya yang bersifat parasit. Selepas pembedahan, budak ni dah normal dah.
1. Mati Hidup Semula!
1
Bayi ni sebenarnya dah disahkan mati semasa dilahirkan (pramatang) tapi selepas 2 jam, bayi ni hidup balik dengan sihat seperti bayi normal.

INI PULA KELAHIRAN TERPELIK DI DUNIA

Ibu Termuda Dunia (5 tahun)


Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September, 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 May 1939. Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walaubagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7kg.

Bayi Terkecil Dunia


Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 ounce. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari.

Ibu Lelaki Pertama Dunia


Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui inseminasi buatan (artificial insemination).

Kembar Hitam dan Putih


Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengan kulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya.

Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)


Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization.

Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun)


Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun.

Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan


Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention).

Ibubapa Hitam Dan Anak Putih


Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuan berkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yangmengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikansetiap gosip ketidaksetiaan si isteri.


P/S : INI SEMUA HANYA SEBAGAI TONTONAN DAN PENGAJARAN SERTA PENGETAHUAN KEPADA PEMBACA.. TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP ATAU YANG SUDAH MATI..