::Snow Pink::
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome:D


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: intan sakinah
Others:   


diet permakanan sugar glider anda (PENTING !!)


  • Sugar gliders merupakan haiwan asal dari Australia, Papua New Guinea serta sekitar pulau Indonesia. Jadi sebagai haiwan eksotik yang asing pada negara kita, pemakanan mereka tidak sesuai dengan cara diet yang biasanya diberi kepada haiwan-haiwan domestik yang dibela di rumah. 
    • Tanpa diet yang betul, atau diet yang sekurang-kurangnya hampir menyerupai pemakanan mereka di habitat asal, mereka boleh menderita samada kerana kurang zat dan nutrien atau mengalami penyakit-penyakit yang lazim dihidap sugars yang tidak mengikuti diet mereka yang sepatutnya. (Penyakit yang biasa dihidap oleh sugars akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam blog entri yang akan datang).
    • Dalam penjagaan pemakanan, kebiasaannya ada dua konsensus atau pendapat oleh pemilik-pemilik sugars yang berpengalaman dalam menjaga diet mereka. Ada yang berpendapat bahawa diet mereka senang diikut sepanjang tempoh hidup sugars (12-15 tahun) dan ada juga pemilik sugars yang berkata diet mereka amat membebankan masa dan sukar untuk menjadi konsisten kerana ianya terlalu menuntut waktu lapang dan tenaga kita.

Buah dan sayur untuk sugars anda



    Jadi, ini dietnya yang wajib ada dalam genggaman pemilik-pemilik sugars;
    • HPW (High Protein Wombaroo diet)
    • Gliderade
    • Repcal atau sebarang jenama suplemen kalsium lain yang sesuai untuk sugars
    • Cebisan ayam rebus/mealworm/superworm/cengkerik
    • Pilihan buah-buahan pelbagai (yang selamat dimakan sugars)
    • Pilihan pelbagai jenis sayur-sayuran (yang selamat dimakan sugars)
        *Saya akan memberi penjelasan lebih terperinci tentang keperluan Gliderade, Repcal etc. dalam blog entri yang lain.
         
      Apa itu HPW (High Protein Wombaroo diet)? 



  • HPW adalah diet yang paling mudah untuk dibuat dan ramuannya adalah paling hampir meniru atau 'mimic' pemakanan sugars di hutan. 
  • Kebiasaannya, diet ini dibeli sebagai campuran serbuk dan kemudiannya perlu dicampur dengan air suam, madu yang telah dirawat (madu bebas dari racun perosak) dan telur yang sudak dimasak (tanpa minyak).

    Telur yang dimasak tanpa minyak

Antara madu yang sesuai untuk sugars

  • Bergantung kepada jenama serbuk HPW, anda mungkin atau mungkin tidak perlu untuk menambah debunga lebah Australia atau 'bee pollen' (salah satu bahan yang melengkapkan diet sugars) kerana sesetengah formula sudah terlebih dahulu telah dicampur dengannya. 
    • Debunga Lebah
  • Kemudian, campuran HPW dengan bahan-bahan tadi perlu dikisar dalam pengisar sehingga semuanya sebati. Campuran Diet HPW yang sudah dikisar akan kelihatan berair dan berbuih sedikit di bahagian atas.Jangan risau, ini adalah perkara biasa. Selepas itu, campuran yang sudah siap itu perlu dibekukan dalam freezer. 'Batch' yang siap akan menjadi dalam konsistensi ais krim dan satu batch itu mampu bertahan selama kira-kira 5 bulan untuk seekor sugar.
Pada pendapat saya, penjagaan sugars ini ibarat menjaga bayi yang tidak akan 'grow up'. Mereka perlukan perhatian yang sepenuhnya dan diet mereka tidak boleh diambil remeh. Jadi, adakah saya cuba mengatakan yang pemakanan mereka ini susah dan sukar di'maintain'? Ya dan tidak.. Namun saya cuma akan terangkan jalan mudah atau 'shortcut' untuk menyediakan diet sugars ini dalam entri akan datang. Entri ini hanya akan berkisar  tentang asas diet pemakanan sugar glider.

\

    Garis panduan memberi makan sugars
    1. Diet HPW disajikan bersama-sama buah-buahan dan sayur-sayuran.
    2. Anda mempunyai pilihan antara mealworms/cebisan ayam rebus/cengkerik/telur rebus bagi sumber protein mereka. Ini perlu diberi sebagai 'treats' yang boleh diberi 2-4 kali seminggu. 
    3. Sesetengah orang juga menawarkan makanan pellet dari kedai binatang peliharaan sebagai snek waktu petang untuk sugars. 
    4. Gliderade diberi kepada sugars dalam nisbah 1:5, gliderade:air, 2 kali seminggu.
    5. Repcal atau sumber kalsium yang asli dari buah betik juga boleh dijadikan gantian atau 'substitute'.

    Kuantiti pemakanan HPW untuk Sugar Glider
  •  1 hingga 1.5 sudu makan campuran HPW.
  • 1 sudu buah-buahan beraneka jenis (menawarkan buah-buahan dengan nisbah kalsium yang sama dengan nisbah fosforus untuk diet HPW ) 
  • 1 sudu sayur-sayuran beraneka jenis (menawarkan sayur-sayuran dengan nisbah kalsium yang sama dengan nisbah fosforus untuk diet HPW)
Glider-Cal ni perlu ditabur secubit rasa atas buah-buahan/sayuran suggies
    Di sini saya sertakan carta ratio kalsium:fosforus buah-buahan dan sayur-sayuran yang juga selamat dimakan sugars.







    Untuk pdf sepenuhnya, klik link Nisbah Ratio Kalsium dan Fosforus. Dan untuk senarai buah-buahan dan sayur-sayuran yang sudah diterjemah dalam bahasa melayu, baca entri Makanan yang selamat untuk Sugar Gliders untuk mengetahui dengan lebih terperinci.


    karya celoteh,