
|
sweet owner Bigfoots! Credits!
| usah di kenang cinta yang lalu Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi.. Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang. Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup? Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi. Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman.. Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti. Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat. Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi.. karya celoteh,
INTAN SAKINAH
http://kegilaanterlampau2.blogspot.com what a new life for me. hurm Sorry for the late update. I receantly busy with college and exammination for mid term test.. huhhh OH MY ENGLISH !!! hahaha mentang-mentang masuk kolej speakingggg bebenor !! new life at kolej ni boleh la best jugak . First time stay jauh dari family and stay at hostel yg errrrr. Not to say boleh meet khai but hurmm now heart broken dengan dia. Ahh tak yah citer pasal dia la yela kalau aku takde pun takpe adik angkat dia boleh ganti tempat aku. Aku tak penting dan yang paling pentingnye aku dah tak fun. Aku ni dah MEMBOSANKAN dia. okay terasa sebenarnya :'( what ever !! soo biar la dia have fun dengan adik angkat dia. Mybe kalau nak berseronok kau boleh la dengan adik angkat tapi satu hari kau kena cari seseorang yang boleh jaga makan pakai kau. Takpe la kau tak nampak sekarang. Aku dah rasa balik apa yang aku buat dekat wan dulu. Karma has hit me back dan aku terima sebab memang aku patut terima. Aku redha je sekarang :( but life must go on. khai ada bbm aku but aku buat tak tahu je. Tah hati ni rasa teramat kecewa pasal semalam, dia tengking aku bagaikan aku ni binatang okayyyyy binatang pun ada perasaan. huh!!! dah-dah buat sakit hati je. by the way aku nak online jap nnt aku update lagi yer.. assalamualaikum karya celoteh,
INTAN SAKINAH
http://kegilaanterlampau2.blogspot.com Yumi & Teddy
fuhh penat betol ari nie. Yumi tak okay2 lagi dari sakit perut Teddy lak masih garang !!
adess tak pe sabar intan sabar, nie gmbar latest yumi & teddy.. enyoy !!
shhhh yumi tgh tdo
eh eh mama nak tangkap gmbar laaa ..
alaa tepi la yumi teddy nak tangkap dlu
selamat pagi mama teddy dah bangun
eh eh yumi kenyit mata kat mama lakk
love you forever syg (^__^)
karya celoteh,
INTAN SAKINAH
http://kegilaanterlampau2.blogspot.com Sugar Gliders mempunyai lapisan bulu kelabu dengan tanda gelap yang berbeza-beza jenis mengikut variasi/'variation' mereka. Bulu mereka sangat lembut seperti sutera (dibandingkan dengan haiwan Chinchilla atau arnab). Suggies boleh datang dalam pelbagai jenis warna yang berlainan. Antaranya, Standard Greys, Blondes, Cinnamons, Browns, Champagne, Platinum, Albinos dan lain-lain (Dengan beberapa warna bul yang SANGAT jarang untuk didapati, dan amat mahal!)
Persoalan kerap mengenai bulu suggies.
Kalau nak 'mandikan', cuma guna kain lembap/tisu basah/'wet tissue'/shampu KHAS untuk Sugar Gliders. Jangan beli kalau syampu tersebut untuk hamsters dan tikus. Bulu suggies memang lembut dan halus, jadi syampu sembarangan boleh merosakkan dan menarik lapisan minyak asli dari bulu suggies, menyebabkan mereka lut pada air dengan senang. Biasanya, syampu untuk suggies berharga RM14-RM18, syampu yang murah sangat tu sahlah koman dan kodi. Takpa mahal-mahal, asalkan selamat ye readers.. *Untuk 'wet tissue', Pastikan tiada alcohol dan awas dengan pewangi yang diguna. Alkohol atau pewangi boleh memberi komplikasi pada suggies. **Dalam kes emergency, bila suggies anda terjatuh dalam tong sampah ke, melekit kena kotoran dan sukar ditanggal jika hanya dilap dengan wet tissue, anda boleh mandikan dengan air suam tapi masih lagi guna tisu untuk mengelap bulu mereka. Jangan guna air suhu sejuk, nanti dapat penyakit selesema pula! Cepat-cepat keringkan suggies selepas mandi. Sabun digunakan pun mestilah 'mild' dan dilarut didalam air supaya tidak begitu pekat dan berbuih. (Pandai-pandai la fikir macam mana ye)
Guna kuku dan air liur. Kuku jari kaki yang kedua terakhir yang kelihatan bersambung/'syndactulous' diguna untuk 'grooming'. Kaki dan tangan digunakan untuk membersihkan seluruh anggota badan mereka. Air liur dikeluarkan, dan tangan akan menadah air liur untuk disapu di tempat mereka hendak groom bulu mereka. Ketika ini berlaku, ramai orang tersilap sangka yang suggies mereka menghidap selesema. Sebenarnya ini hanya bunyi suggies meludah ke atas tangan mereka. Bunyinya seakan-akan bersin. Anda boleh perhatikan dengan dekat ketika mereka meletakkan tangan di mulut dan bunyi seakan-akan bersin tu akan kedengaran. Comel bunyinya!
Banyak orang bertanya tentang perkara ini, dan bertanya samada ianya adalah normal atau tidak.
Kadang-kadang bulu akan berpisah dan kelihatan terasing di bahagian sendi (tangan, kaki, leher).
Kadang-kadang jika suggies mempunyai badan yang gempal/besar atau suggies yang sudah tua atau dewasa, bulu boleh kelihatan seperti gambar tertera di atas. Jangan risau, semuanya normal. Dan ianya bukan satu jenis kecacatan atau bulu kurang pada suggies anda.
***** Namun jika anda perasan penampilan umum suggies anda kelihatan tidak sihat melalui gambaran bulunya, atau anda perasan mereka tidak memelihara diri mereka dengan rapi/ bersih macam biasa (perubahan tabiat/perangai) atau, jika anda notis mereka kerap membuat bunyi bersin (bunyi suggies mengeluarkan air liur untuk membersihkan badan) dengan kerap namun bulu tetap tidak bersih/rapi, sebaik-baiknya anda merujuk vet berpengalaman untuk melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada masalah atau penyakit.
karya celoteh, keperluan asas : sangkar Sangkar sugar gliders adalah salah satu komponen penting dalam memastikan mereka dapat rasa selesa dalam persekitaran baru mereka. Sugars anda akan meluangkan majoriti masa mereka pada waktu malam di dalam sangkar mereka dan dengan memastikan bahawa sugars anda selesa, selamat dan bebas bersenam dengan sesuka hati mereka. Faktor-faktor berikut adalah untuk pertimbangan untuk mencari sangkar yang sesuai dengan haiwan eksotik ini.
Untuk sugars, pelbagai saiz cage dibekalkan, dari 1.5 kaki sehingga 3 kaki. Namun, sangkar yang paling minimum terbaik dan untuk keselesaan optimum adalah yang bersaiz 3 kaki. Ingat, tidak ada sangkar yang mampu meniru habitat sugars seperti di hutan liar tetapi pemilik sugars sekurang-kurangnya boleh membenarkan mereka 'glide' atau menggelongsor dalam sangkar mereka dengan senang.Jadi, untuk peringatan dalam membeli sangkar untuk sugars;
Juga, pastikan anda mendapatkan sangkar yang banyak ruang untuk menggantung kantung tidur atau 'sleeping pouch', meletakkan 'glider kitchen' atau dapur sugars yang membekalkan air dan makanan (yang akan saya terangkan secara lanjut di dalam entri blog akan datang), roda yang sesuai untuk sugars seperti Wodent Wheel, beberapa mainan yang selamat untuk sugars, namun masih lagi membenarkan ruang yang cukup untuk mereka melompat atau 'glide' di dalam sangkar mereka tanpa halangan.
Apa yang perlu dalam sangkar mereka? Yang penting adalah banyak tak semestinya bagus. Apa selalunya yang diletakkan di dalam sangkar mereka. Yang paling asas merupakan;
Jarak dawai perlu 1/2 inci diantara palang tegak dan palang yang mendatar. Palang yang mendatar sahaja atau tegak sahaja sebenarnya tidak penting. Bahagian yang penting ialah memastikan wayar tidak lebih daripada 1/2 inci jika palang tidak bersilang. Sugars yang kecil atau Joeys boleh keluar melarikan diri melalui celah palang jika jaraknya lebih dari 1/2 inci walaupun hanya luas sedikit daripada itu. Jadi anda perlu prihatin akan keadaan palang sangkar yang akan dibeli.
Terdapat beberapa bahan-bahan yang boleh digunakan untuk sangkar sugars dan terdapat juga beberapa bahan yang tidak sesuai.
Jika anda akan membeli sangkar atau membuat sangkar menggunakan kayu, pastikan kayu untuk tujuan hiasan sahaja dan di luar sangkar. Jika sugars mempunyai akses kepada kayu, bukan sahaja mereka akan menggigit, tetapi mereka juga akan kencing di atasnya, menjadikannya berbau busuk.
Baiklah, setakat ini sahaja untuk apa yang anda perlu tahu tentang sangkar sugars. Untuk entri berikutnya, saya akan mengemas kini tentang keperluan asas sugars: Pemakanan. Jangan lupa share dan tinggalkan komen atau pertanyaan anda di bawah.
karya celoteh, penyakit lazim bagi sugar glider
Hello readers, pada blog entri ini saya akan mengenalkan kepada anda semua penyakit-penyakit yang biasanya berlaku pada sugars.
1. Dehidrasi
Antara makanan yang tinggi serat;
Sayuran tinggi serat
3. Depresi atau stres
Tekanan untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada sugars anda. Antara faktor-faktornya ialah;
Rawatan depresi adalah memastikan sugars anda mengikuti diet pemakanan yang seimbang.
Luangkan masa dengan bermain secara berkala dengan sugars anda. Sebaik-baiknya luangkan 1-2 jam pada waktu malam Jika tidak ada masa, pastikan anda mempunyai teman untuknya.Sediakan sangkar sugars dengan banyak mainan dan ruang untuk bermain.
Ini pula simptom-simptom depresi/stres
Sugars gemuk atau berat badan berlebihan. Mereka tidak aktif dan saiz badannya sangat besar. Perlu ada perbezaan dari obesiti dengan jenis rangka sugars. Ada sugars yang bertulang rangka besar dan ianya adalah normal untuknya bersaiz besar dari biasa. Ada juga sugars yang aktif bersenam dan bermain tetapi badan mereka masih bersaiz besar.
Bagaimana untuk tahu jenis rangka tulang sugars?
Tanya pakarlah. :D Facebook Yoong Yuin Hun, (a dear friend on Facebook. She has a her own Sugar glider website filled with lots of love and help. Give her a visit at www.suggiesathome.com, you'll learn a lot from her. ;))
Jadi, kembali kepada obesiti, rawatan untuk sugars adalah untuk bersenam dan kurangkan pengambilan 'treats' yang manis dan letakkan lebih mainan dalam sangkarnya, atau anda boleh bermain lebih dengan sugars mereka.
5. Hind Leg Paralysis
Lumpuh kaki belakang bagi sugars biasanya disebabkan oleh paras kalsium tidak mencukupi di dalam badan. Ini boleh dianggap sebagai masalah yang membawa maut jika tidak dirawat dengan segera, jika sempat dikenal pasti ianya boleh dirawat. Kekurangan kalsium adalah perkara biasa berlaku pada sugar gliders kerana kebanyakan makanan yang mereka makan mempunyai nisbah kalsium dan fosforus yang tidak cukup seimbang. Tandanya ialah lemah kaki belakang. Ianya dapat dilihat apabila sugars mempunyai masalah memanjat, berjalan, dan kaki menggelatar secara berlebihan. Tanda-tandanya;
Rawatannya: Jumpa doktor haiwan untuk rawatan dan buat perubahan dalam diet. Beri suplemen kalsium kepada sugars anda.
Sila ambil perhatian bahawa banyak tanda-tanda yang disenaraikan juga boleh
menunjukkan isu-isu kesihatan lain yang serius. Pastikan jika anda lihat mana-mana gejala ini pada sugars anda, serta-merta pergi mencari pakar penjagaan veterinar untuk didiagnosis dan ikuti rawatan yang betul. 6. Sembelit Sugars akan sembelit jika ia tidak mengambil buah-buahan dan air yang cukup. Sembelit juga disebabkan oleh penghapusan kumuhan yang keras dan kering. Ia amat menyakitkan, dan dalam sesetengah kes teruk, sugars mengalami kesusahan untuk membuang air besar langsung dan ini merupakan keadaan yang serius. Tanda-tanda biasa dilihat ketika sembelit ialah apabila sugars 'hiss' atau berdesis (seperti ular) apabila ia membuang air besar. Sugars juga akan jarang membuang air, dan perutnya kekembungan. Rawatan:
*Sugars yang tidak ke tandas lebih 24 jam adalah simtom sembelit yang kronik. Bawa ke doktor haiwan dan beri rawatan sementara seperti dinyatakan
karya celoteh, |